It has been a while now that I have been thinking of blogging in my National Language which is Bahasa Melayu or commonly known as Bahasa Malaysia. I receive about 1,000+ visitors a day on this site and most of the visitors are from different countries but still the bulk of it coming from Malaysia. I feel it is not going to be easy because of the direct translation and all but if you wanted a direct translation then you could actually get Google to do it for you. Nope I am not thinking of direct translation but merely a simple translation into the Malay language using my own methods which would be easier to read and understand.
I do know that most of the time when you use a direct translation you cant even make out half of what the blogger is talking about. This is because of the slangs and grammar that is different. And most of the time short forms are being used by bloggers instead of proper language because they want to make their blogs look and feel authentic. What do you think ?
___________________________________________________________________________________________
Sudah lama saya fikir hendak menulis dalam Bahasa Melayu kat blog ini yang merupakan Bahasa Nasional kita. Tetapi bercakap Bahasa Melayu dan menulis dalam Bahasa Melayu merupakan dua perkara yang amat berbeza. Pada tahap ini blog ini menerima sebanyak 1000+ pengunjung sehari daripada negara negara asing tetapi kebanyakannya masih daripada Malaysia. Sememangnya susah hendak menulis dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan kali ia tidak begitu senang untuk menterjemah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara terus. Kalau hendak penterjemahan secara terus dapat google translate pun dah cukup. tetapi saya ingat kalau saya menulis dalam bahasa melayu lebih baik saya guna gaya sendiri. Sememangnya cara ini lebih baik kerana dapatlah kita berinteraksi secara lebih baik.
Saya sudahpun tahu kalau saya menggunakan Google untuk membuat penterjemahan secara terus kebanyakan orang memang tak akan faham apa yang saya maksudkan. Ini kerana memang Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu banyak berbeza dari aspek grammar dan tatabahasa. dan kebanyakan kali kita sebagai orang Malaysia akan menggunakan bahasa pendek untuk menyenangkan pertuturan kami. Ini juga untuk memberikan blog kami ada rasa persendirian. Apa yang kamu fikir ?





